Saturday, May 9, 2009

MENGAPA SUAMI ORANG MENJADI REBUTAN???

1-BIJAK MENGAWAL EMOSI.

Laki yg sudah beristeri: Lelaki yg sudah beristeri biasanya sudah biasa melayan kerenah perempuan. Oleh sebab itu, mereka bijak mengawal emosi & memiliki kemahiran yg luar biasa utk meraih simpati daripada kaum pompuan.
Laki bujang: Kebiasaannya mereka masih terlalu emosional, mempunyai ego yg tinggi & kurang sabar dlm menghadapi kerenah pompuan.

2-MATANG MENYELESAIKAN MASALAH.
Laki yg sudah beristeri: Kaum pompuan biasanya menganggap kaum laki yg sudah beristeri matang di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengalaman mereka di dalam menghadapi pelbagai masalah membuatkan mereka agak matang & bijak di dalam menyelesaikan apa jua masalah yg mendatang. Hal ini membuatkan kaum pompuan begitu tertarik kepada mereka.
Laki bujang: Sudah semestinya ‘kureng’ daripada segi pengalaman berbanding laki yg sudah beristeri & oleh kerana itu kebanyakan daripada mereka kurang memahami masalah yg dihadapi oleh kaum pompuan. Sekiranya ada jalan penyelesaian utk selesaikan masalah pun, ehem, kebanyakannya “kureng” berkesan. Hihihihi=)


3-TIDAK GOPOH.
Laki yg sudah beristeri: Mereka tidak pernah gopoh utk menyentuh @ mengharapkan diri mereka dibelai & dimanja. Mereka faham bahawa kaum pompuan tidak suka dipaksa, didesak, & mudah memandang serong pada kaum laki yg miang. Oleh kerana “kecoolan” mereka ini, membuatkan pompuan lebih cepat terjatuh ke dalam dakapan mereka.
Laki bujang: Kebiasaannya, mereka sukar utk mengawal & menutup keinginan mereka. Dalam proses berkawan saja mereka dah berani pegang2!!! Hal ini membuatkan kaum pompuan menjadi cemas & takut. Malah, kaum pompuan juga merasakan diri mereka hanyalah sebagai objek & hanya utk dipergunakan!!!

4-KEWANGAN YG KUKUH
Laki yg sudah beristeri: Ehem, perkara ini memang tidak dapat disangkal lagi!!! Oleh kerana kestabilan kewangan yg kukuh, so mereka berani bermain dengan “ayat2 cinta” dengan pompuan lain. Kebanyakan mereka tidak pernah mengharapkan kaum pompuan mengeluarkan wang kepada mereka, sebaliknya merekalah yg mengeluarkan wang utk kesenangan kaum pompuan yg mereka minati.
Laki bujang: Kalo blom bekerja, sudah semestinya mereka memperoleh sumber kewangan daripada mak bapak dieorang, Emm. kalo depa memiliki pendapatan sendiri & kukuh pun, kebanyakan daripada mereka tidak sanggup berhabis wang untuk pompuan yg belum sah menjadi isteri mereka. Kebanyakan daripada mereka memperuntukkan wang yg mereka milki untuk penampilan diri & sebagainya,

(Sumber: Majalah REMAJA, 1 Januari 2008, bil: 513)

p/s: Owh, baru aku faham kenapa pompuan mudah jatuh cinta dengan laki orang. Rupa2nya laki orang nie lebey banyak pengalaman & lebey cool berbanding laki bujang. Tapi, kalo aku, owh selisih malaikat 44, aku tak nak terjebak ke kancah tak sihat nie..owh, itu tidak mungkin sama sekali, mintak dijauhkan sama sekali…=)

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and 2009 Bridal Dresses.