Saturday, May 2, 2009

EHEM..SIAPA YANG NAK MAKAN "NASI SETAN", SILA ANGKAT TANGAN....HOHOHO=)

Emm, ini rupanyer "Nasi Setan"...Emm, nampak cam sedap jerk..hohoho=)


Hohoho, sungguh pelik & aneh betul nama "Nasi Setan" nie. Menu "Nasi Setan" nie hanya dapat diperoleh di kawasan Taman Sari, Bandung, Indonesia sahaja. Emm, "Nasi Setan" nie merupakan nasi putih yg digaul dengan sambal. Sambalnya pula diperbuat daripada campuran adunan cili api, cili merah, tomato yg telah dilenyek, sedikit gula merah & garam secukup rasa. "Nasi Setan" ini mempunyai tahap kepedasannya iaitu "Nasi Setan" bintang 1 hinggalah "Nasi Setan" bintang 5. Rasa "Nasi Setan" nie sangat pedas. Emm, cuba korang bayangkan tahap kepedasan "Nasi Setan" nie ditahap bintang 5, iaitu tahap yg giler babas punyer pedas. hihihi=D. Emm, setelah siap"Nasi Setan" ini boleh dimakan dengan hidangan lauk pauk yg lain.=)

p/s: Emm, tak faham betul aku kenapa menu nie dinamakan "Nasi Setan"???....Aku rasa mungkin disebabkan kepedasan nasi nie yg melampau yg menyebabkan nasi nie dipanggil "Nasi Setan" di kalangan customer mereka...hahaha, adoyai, macam2 hal yang berlaku di dunia ini yang kadang kala tak tercapai dek akalku....=)

credit to: http://www.indosiar.com

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and 2009 Bridal Dresses.