Thursday, August 6, 2009

HANYA UNTUK BACAAN LELAKI/WANITA YANG SINGLE SAHAJA (KENALI JENIS KARAKTER JOMBLO ANDA..




Okeylah, entri kali ini, aku akan mendedahkan kepada korang yang berstatus single ini apa itu ilmu JOMBLOlogy & tipe2nya. Aku mendapat info nie melalui satu laman web ie NoerSegarselalu.multiply.com Jomblology merupakan 1 cabang ilmu yang berkaitan dengan Jomblo @ single @ solo.. Perkataan jomblo ini berasal daripada perkataan latin ie JOMBLUS yang membawa maksud single. Teori JOMBLOlogy ini membahaskan mengenai karakter, kelebihan, & kekurangan mereka yang berstatus single & ia terbahagi kepada 4 jenis ie:

1.JOMBLO UNDERDOGUS (JOMBLO TIPE A)

Anda cenderung memiliki nasib yang buruk dalam segala hal ketika berhubungan dengan jantina berlawanan jenis. Tidak ada apa yang terlalu menonjol berkaitan jomblo tipe ini & hal ini menyebabkan jantina yang berlawanan jenis jarang melirik/melihat ke arah anda. Kunci utama bagi tipe jomblo jenis ini dalam mencari pasangan adalah dengan memiliki rasa PERCAYA DIRI YANG KUAT & di sini terletaknya nikmat perjalanan cinta anda!!!

CIRI2 JOMBLO UNDERDOGUS
@ Penampilan biasa2 saja
@ Mempunyai aura yang negative
@ Mempunyai keyakinan diri yang amat rendah
@ Walaubagaimanapun, mereka memiliki peribadi yang baik


2. JOMBLO PLAYBOYNUS/PLAYGIRLNUS (JOMBLO TIPE B)

Hah, jomblo tipe ini banyak terdapat di sekitar kita. Hihi. Jomblo tipe ini mempunyai nasib yang lebih baik daripada kita di dalam part mencari pasangan coz kebanyakan daripada mereka mempunyai bentuk fizikal yang menarik, & mempunyai kelebihan di dalam bab2 mengayat/mengorat. Namun begitu KELEMAHAN UTAMA MEREKA adalah mereka tidak mampu di dalam membina hubungan ONE by ONE @ TAKUT TERIKAT DENGAN SEBARANG KOMITMEN......

CIRI2 JOMBLO PLAYBOYNUS/PLAYGIRLNUS
@Berpenampilan menarik
@ Mempunyai aura MAGNETIK
@ Terer di dalam bab2 MENGAYAT AYAT2 CINTA..hihi
@ Walaubagaimanapun, mereka takut TERIKAT DENGAN SEBARANG KOMITMEN

3-JOMBLO MISTERIUS (JOMBLO TIPE C)

Nama pun misterius, hah maknanya mereka memiliki sifat2 yang misteri……….Mereka sangat “introvert”/tertutup. Kelemahan mereka adalah MEREKA KURANG PERCAYA DIRI @ mempunyai daya komunikasi yang agak lemah terhadap jantina berlawanan jenis meskipun mereka ini memiliki bentuk fizikal/penampilan yang agak menarik. Kelemahan ini menyebabkan kebanyakan hasrat “mengayat” mereka terbantut & terpaksa dipendamkan begitu saja. Jomblo tipe ini CENDERUNG UNTUK SETIA coz mereka kan susah dalam bab2 MENGAYAT nie, so apabila mereka telah dapat menackle pasangan yang serasi maka mereka akan kekal setia bersama pasangan tersebut. Beruntung siapa2 yang dapat PASANGAN JOMBLO TIPE INI tau!!! Coz mereka adalah SETIA dan tak main curang2 nie..hihihi

CIRI2 JOMBLO MISTERIUS
@ Pemburu cinta jarak jauh/jenis memendam perasaan terhadap individu dicintai
@ Misteri, pemalu dan kebanyakan mereka memiliki ciri2 fizikal/penampilan yang agak menarik
@ KELEMAHAN utama: Kurang yakin pada diri sendiri & memiliki daya komunikasi yang lemah terhadap jantina yang berlawanan jenis @ tidak pandai dalam bab2 MENGAYAT nie

4. JOMBLO sure DITOLAKTERUS…hahahaha (JOMBLO TIPE D)

Adoyai, sebenarnya sukar untuk menjelaskan tipe JOMBLO DITOLAKTERUS nie..hahaha…Jomblo tipe ini adalah UNIK but bukan dalam erti kata yang POSITIF. Banyak tindakan2 mereka yang “tidak masuk akal” dilakukan ketika mereka mencari pasangan berlawanan jenis. Senang citer camnilah : JOMBLO TIPE nie memiliki paras rupa yang agak kureng menarik/penampilan yang macam orang jahat/brutal/gengster ditambah dengan PERANGAI MEREKA BURUK. Haha, lebey kuranglah tu. Tapi walaubagaimanapun, tak semua mereka memiliki sifat negative 100% tetapi sebaliknya ada sesetengah daripada mereka memiliki sifat yg jujur, setia & baik hati..Cuma dieorang tak pamerkan siapa diri mereka yg sebenar.


CIRI2 JOMBLO sure DITOLAKTERUS
@ ciri fizikal mereka yang kureng/cam ala2 gengster
@ Perangai mereka juga agak jelek @ buruk
@ Kehadiran mereka seolah2 Invisible bagi jantina yang berlawan jenis
@ Meskipun begitu, mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati & perasaan…Walaupun dari segi luaran fizikal & peribadi nampak kureng tetapi ada sesetengah daripada mereka sebenarnya adalah baik, setia & jujur. Cuma mereka tak pamerkan saja siapa diri mereka yg sebenar..hihi..kesian mereka ..hihi




Credit foto: friendster jomblo club

Sunday, August 2, 2009

CARA MENGORAT LELAKI MELALUI ZODIAK (PART 11)

Okeylah, ini merupakan sambungan cara mengorat lelaki melalui zodiak. Perlu dingat bahawa ia bukan untuk dipercaya 100% tetapi ia hanyalah panduan untuk kita memahami karakter mereka & korang pun mesti ingat nama pun manusia, mana ader yang sempurna =)

Lelaki Leo (Lelaki yang seksi..seksi ker?? Hahaha & mempunyai semangat yang tinggi dan boleh diharap…yeker??)

Kelebihan
Kuat dan bersemangat tinggi, lelaki Leo adalah satu-satunya lelaki yang boleh diharapkan. Sangat pemurah, berperasaan tinggi dan juga seksi! Si dia juga tidak akan teragak-agak untuk bekerja lebih semata-mata mahukan kehidupan anda lebih glamour lagi. Si dia sanggup berbelanja besar jika ada satu-satu majlis yang agak high class untuk anda. Si dia sukakan aktiviti yang menyeronokkan dan jangan terkejut, staminanya mengalahkan budak kecil kalau ada apa-apa aktiviti lasak seperti sukan, tarian dan sebagainya.

Kekurangan
Bersikap seperti seorang bos. Mahukan pendapat yang tepat dan relevan, manakala keputusan akhir, semuanya akan ditentukan olehnya sendiri, terutama yang melibatkan isu besar. Si dia mampu menjadi seorang yang berhidung tinggi, degil, terlalu mengongkong dan kadangkala amat menyakitkan hati. Berdiri di belakangnya (sokong apa sahaja pendapatnya) walaupun ia bertentangan dengan prinsip anda dan dia akan hormat apa yang anda buat.

Tips mengorat
Buatkan si dia bangga dengan anda. Pujian dan penghormatan adalah kata kunci bagi lelaki Leo jika anda inginkan perhubungan kekal lama. Melalui kata-kata, cuba hargai segala yang dilakukangnya untuk anda, kerana singa adalah raja rimba! Cubakah bodek si dia sikit dengan menunjukkan yang segala dilakukannya adalah sesuatu yang amat anda hargai. Mesti perasan habis dia tu! Maklumlah singa liar ni kalau kita belai-belai dan usap-usap dia, lama kelamaan akan bertukar menjadi seekor kucing yang manja.

p/s: lelaki Leo dengar khabar suka bersukan ek? Hah, siapa2 yang nak ngorat laki Leo nie aktif2kan diri anda dengan bersukan..Kalau tak minat bersukan pun, ambil tahulah serba sikit tentang sukan seperti mengikuti perkembangan EPL (liga perdana Inggeris). Hah, barulah boleh dijadikan modal untuk ”mengayat” lelaki Leo nie. hihihi=)

Lelaki Virgo (Lelaki yang bijak, teliti, bertanggungjawab & agak mementingkan kesempurnaan)

Kelebihan
Bijak, logik dan juga cukup bertimbangrasa. Si dia juga adalah seorang yang suka bertolak ansur, amat peka dengan pertelingkahan keciL dan pandai menjaga hati org sekeliling. Mereka juga amat peka dengan etika kerja semasa. Bukan itu sahaja, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memberikan apa sahaja kemahuan anda dan membina masa depan dengan anda seawal yang mungkin demi keselesaan dan keselamatan di masa yang akan datang. Si dia punya nilai-nilai kekeluargaan yang amat luhur dan akan melakukan yang terbaik dalam memberikan sepenuh perhatian pada keluarga dan rumahtangga. Seorang yang bertanggungjawab, boleh diharapkan dan seorang yang sangat terhormat, biasanya mereka akan menunjukkan perasaan cintanya pada anda melalui perkara-perkara yang praktikal, tidak hanya sekadar mengucapkan perkataan-perkataan cinta sahaja. Si dia akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati anda.

Kekurangan
Terlalu serius dan selalu sangat merisaukan perkara yang bukan-bukan. Kadangkala anda perlu memainkan peranan untuk kembali menceriakan keadaannya. Mereka akan selalu juga berkeadaan tidak tentu arah dan gementar, jadi keadaan tenang dan selesa di rumah adalah amat diperlukan. Lelaki Virgo suka melakukan sesuatu mengikut tahapnya tersendiri dan amat mementingkan kualiti, jadi jika anda ingin buat sesuatu untuknya, janganlah buat ala kadar saja.

Tips mengorat
Fahami keperluannya yang kadang kala perlukan keadaan yang sunyi dan tenang. Ia akan membantu mereka memfokuskan kembali kepada perkara-perkara yang dilakukan dan sedikit sebanyak akan memberikannya ruang untuk menyusun segala aktivitinya. Berikan satu ruang rumah anda agar dia dapat berfikir melakukan kerjanya dan menenangkan dirinya. Jangan lupa teruslah menyokongnya dan kerana sokongan anda yang selalu ada itulah akan menjadikan cintanya kian mekar dan segar untuk anda.

p/s: Mamat Virgo memang rajin, penyayang, Kemas, & bertanggungjawab tapi kadang2kala dieorang nie suka berleter..hihi. Dengar citer, mamat Virgo nie suka perempuan yang konfiden, kemas & pembersih. Betul ker? =)

Lelaki Libra (Lelaki yang berpenampilan menarik, romantik a.k.a mamat jiwang & pintar berkomunikasi)

Kelebihan
Sofistikated, begitu menarik dan bijak. Jejaka Libra mempunyai gaya pelbagai dan bila berbicara, bicaranya agak menarik hati! Mereka juga sedang tercari-cari pasangan yang secocok untuknya, si dia adalah seorang yang lebih kepada konsep ‘berpasangan’. Punya ramai kenalan dari pelbagai bidang dan kerjaya. Jika anda ada masalah, carilah dia dan dengan mudahnya, mereka akan memperkenalkan anda pada org yang mampu membantu anda. Amat prihatin, baik dan cukup romantik. Selalu mengejutkan anda dengan pendekatan romantiknya.

Kekurangan
Si dia akan tetap meneruskan permainan cintanya sehinggalah mereka menemui pasangan cinta sejati dan istimewa. Jadi cabarannya ialah anda harus tahu samada anda adalah wanita yang dicarinya selama ini atau sebaliknya. Si dia mungkin terlalu banyak melukakan perasaan anda disebabkan sikapnya yang suka enjoy. Si dia pandai mengelakkan kontroversi, jadi pandai-pandailah anda mengawal diri.

Tips mengorat
Si dia sedikit mabuk dengan cinta. Oleh yang demikian, selalulah hangatkan suasana anda dengannya. Jaga diri anda dan cuba tampilkan yang terbaik dari perspektif kecantikan diri kerana jejaka Libra menghargai kecantikan. Jadilah seorang yang pemurah dan hulurkan pujian sebanyak yang boleh, sebab ianya akan menaikan semangatnya. Cuba elak kan pergaduhan yang tak sepatutnya. Cuba usahakan satu bentuk perhubungan yang baik kerana jejaka Libra mencari-cari keharmonian dalam percintaan.

P/s: Dengar citer, laki Libra nie suka perempuan yang cantik2 saja..amboi2, bukan main lagi ya…ader betul ker incik Libra? =)

Lelaki Scorpio (Lelaki yang diselubungi misteri..dug-dag-dug-dag & mempunyai daya magnetik serta pandangan mata yg tajam & menarik)

Kelebihan
Siapa dan apa sahaja yang disukai oleh Scorpio akan disukainya dengan sepenuh hati- tidak ada perkataan separuh hati pada manusia berbintang Scorpio. Mereka tetap setia dengan kekasih tak kira di masa susah mahupun senang. Dari sudut kewangan, Scorpio agak berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. Jadi anda tak perlu risau sangat pasal hal ehwal material, segalanya telah diuruskan olehnya. Si dia juga amat menghargai nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi dan sejahtera.

Kekurangan
Seorang yang agak kompleks dan sukar difahami. Scorpio amat sensitif bila bercerita tentang soal perasaan dan kadangkala agak sukar untuk dimengertikan. Cuba membuatkan si dia meluahkan perasaan pada kamu ataupun cuba membuatkan dia menjelaskan apa-apa perkara berbangkit; lebih payah dari mencabut gigi! telinga anda mendengarnya. Mereka juga mempunyai pendirian yang tegas, tak ada siapa yang boleh melembutkan kepala batunya itu.

Tips mengorat
Bina kepercayaan antara anda dengan si dia. Berlaku jujur, boleh diharap dan konsisten dengan si dia dan lama kelamaan si dia akan mula menanamkan kepercayaan kepada anda. Tegas dengan pendirian anda dan secara diam-diam, si dia akan lebih menghormati anda. =)

p/s: Mamat Scorpio memang membingungkan..hahaha..tapi dieorang nie baek hati & setiakawan walaupun kadang-kala nampak cam “kerek” sikit…hihi. Dengar citer, lelaki Scorpio ini serius dalam bab bercinta nie & dey”all takkan buang masa dengan seseorang yang dey”all tidak cintai walaupun perempuan tu cantik giler. Pastu, dey “all ni suka perempuan yang bijak yg boleh bicarakan apa saja topic & perempuan tu mestilah lain dari yang lain. Barulah mencabar sikit, kata mereka. Ada betul ker, incik Scorpio? =)

Lelaki Sagittarius (Lelaki yang Hepi go lucky..lalalala, easy going, aktif & sporty..pewittt)

Kelebihan
Kelakar dan sukakan kehidupan yang ceria, lelaki ini tetap dengan jatidirinya yang tersendiri. Secara umumnya, mereka adalah seorang berjiwa bebas yang suka dengan cara hidupnya yang tanpa kongkongan. Amat progresif dan suka mencuba sesuatu yang baru. Tidak ada pekara yang berisiko tinggi padanya. Bersemangat positif dan selalu memberikan keyakinan diri pada orang lain ketika saat-saat susah. Seorang yang pengasih dan penyayang.

Kekurangan
Sukakan cabaran yang mendatang, suka mengejar benda-benda yang boleh memberikan cabaran kepadanya. Sentiasa hidupkan keadaan ‘terkejar-kejar’ kerana itu adalah perbendaharaan kata yang penting untuknya. Anda terpaksa berkongsi teman lelaki anda ini dengan kawan-kawannya ataupon dengan aktiviti sukan kegemarannya. Moodnya yang tidak menentu kadangkala membuatkan hubungan anda dengannya juga ada pasang surut. Jangan terlau mengongkong si dia kerana si dia tidak suka dikongkong. Sebaliknya tolak ansur adalah perkara utama dalam hidupnya.

Tips mengorat
“Ketawa adalah ubat paling mujarab” - ingat falsafah ini dan anda akan sentiasa hidup bahagia bersama lelaki Sagittarius.

P/S: Lelaki Sagittaurius suka perempuan yang suka buat kelakar.ceria2 & suka ketawa. So aper lagi jom kita ketawa…. Hahahahahaha…Eh, macam boleh join Club Mak Lampir..jerk….hahahahaha….Dengar citer, laki Sagittaurius ni, pantang nampak perempuan yang cute & cantik2, hah mulalah nak jual ayat2 cinta..haha...ada betul ker incik Sagitaurius??=)




credit to: http://panduancinta.wordpress.com


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and 2009 Bridal Dresses.