Thursday, August 6, 2009

HANYA UNTUK BACAAN LELAKI/WANITA YANG SINGLE SAHAJA (KENALI JENIS KARAKTER JOMBLO ANDA..




Okeylah, entri kali ini, aku akan mendedahkan kepada korang yang berstatus single ini apa itu ilmu JOMBLOlogy & tipe2nya. Aku mendapat info nie melalui satu laman web ie NoerSegarselalu.multiply.com Jomblology merupakan 1 cabang ilmu yang berkaitan dengan Jomblo @ single @ solo.. Perkataan jomblo ini berasal daripada perkataan latin ie JOMBLUS yang membawa maksud single. Teori JOMBLOlogy ini membahaskan mengenai karakter, kelebihan, & kekurangan mereka yang berstatus single & ia terbahagi kepada 4 jenis ie:

1.JOMBLO UNDERDOGUS (JOMBLO TIPE A)

Anda cenderung memiliki nasib yang buruk dalam segala hal ketika berhubungan dengan jantina berlawanan jenis. Tidak ada apa yang terlalu menonjol berkaitan jomblo tipe ini & hal ini menyebabkan jantina yang berlawanan jenis jarang melirik/melihat ke arah anda. Kunci utama bagi tipe jomblo jenis ini dalam mencari pasangan adalah dengan memiliki rasa PERCAYA DIRI YANG KUAT & di sini terletaknya nikmat perjalanan cinta anda!!!

CIRI2 JOMBLO UNDERDOGUS
@ Penampilan biasa2 saja
@ Mempunyai aura yang negative
@ Mempunyai keyakinan diri yang amat rendah
@ Walaubagaimanapun, mereka memiliki peribadi yang baik


2. JOMBLO PLAYBOYNUS/PLAYGIRLNUS (JOMBLO TIPE B)

Hah, jomblo tipe ini banyak terdapat di sekitar kita. Hihi. Jomblo tipe ini mempunyai nasib yang lebih baik daripada kita di dalam part mencari pasangan coz kebanyakan daripada mereka mempunyai bentuk fizikal yang menarik, & mempunyai kelebihan di dalam bab2 mengayat/mengorat. Namun begitu KELEMAHAN UTAMA MEREKA adalah mereka tidak mampu di dalam membina hubungan ONE by ONE @ TAKUT TERIKAT DENGAN SEBARANG KOMITMEN......

CIRI2 JOMBLO PLAYBOYNUS/PLAYGIRLNUS
@Berpenampilan menarik
@ Mempunyai aura MAGNETIK
@ Terer di dalam bab2 MENGAYAT AYAT2 CINTA..hihi
@ Walaubagaimanapun, mereka takut TERIKAT DENGAN SEBARANG KOMITMEN

3-JOMBLO MISTERIUS (JOMBLO TIPE C)

Nama pun misterius, hah maknanya mereka memiliki sifat2 yang misteri……….Mereka sangat “introvert”/tertutup. Kelemahan mereka adalah MEREKA KURANG PERCAYA DIRI @ mempunyai daya komunikasi yang agak lemah terhadap jantina berlawanan jenis meskipun mereka ini memiliki bentuk fizikal/penampilan yang agak menarik. Kelemahan ini menyebabkan kebanyakan hasrat “mengayat” mereka terbantut & terpaksa dipendamkan begitu saja. Jomblo tipe ini CENDERUNG UNTUK SETIA coz mereka kan susah dalam bab2 MENGAYAT nie, so apabila mereka telah dapat menackle pasangan yang serasi maka mereka akan kekal setia bersama pasangan tersebut. Beruntung siapa2 yang dapat PASANGAN JOMBLO TIPE INI tau!!! Coz mereka adalah SETIA dan tak main curang2 nie..hihihi

CIRI2 JOMBLO MISTERIUS
@ Pemburu cinta jarak jauh/jenis memendam perasaan terhadap individu dicintai
@ Misteri, pemalu dan kebanyakan mereka memiliki ciri2 fizikal/penampilan yang agak menarik
@ KELEMAHAN utama: Kurang yakin pada diri sendiri & memiliki daya komunikasi yang lemah terhadap jantina yang berlawanan jenis @ tidak pandai dalam bab2 MENGAYAT nie

4. JOMBLO sure DITOLAKTERUS…hahahaha (JOMBLO TIPE D)

Adoyai, sebenarnya sukar untuk menjelaskan tipe JOMBLO DITOLAKTERUS nie..hahaha…Jomblo tipe ini adalah UNIK but bukan dalam erti kata yang POSITIF. Banyak tindakan2 mereka yang “tidak masuk akal” dilakukan ketika mereka mencari pasangan berlawanan jenis. Senang citer camnilah : JOMBLO TIPE nie memiliki paras rupa yang agak kureng menarik/penampilan yang macam orang jahat/brutal/gengster ditambah dengan PERANGAI MEREKA BURUK. Haha, lebey kuranglah tu. Tapi walaubagaimanapun, tak semua mereka memiliki sifat negative 100% tetapi sebaliknya ada sesetengah daripada mereka memiliki sifat yg jujur, setia & baik hati..Cuma dieorang tak pamerkan siapa diri mereka yg sebenar.


CIRI2 JOMBLO sure DITOLAKTERUS
@ ciri fizikal mereka yang kureng/cam ala2 gengster
@ Perangai mereka juga agak jelek @ buruk
@ Kehadiran mereka seolah2 Invisible bagi jantina yang berlawan jenis
@ Meskipun begitu, mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati & perasaan…Walaupun dari segi luaran fizikal & peribadi nampak kureng tetapi ada sesetengah daripada mereka sebenarnya adalah baik, setia & jujur. Cuma mereka tak pamerkan saja siapa diri mereka yg sebenar..hihi..kesian mereka ..hihi




Credit foto: friendster jomblo club

Sunday, August 2, 2009

CARA MENGORAT LELAKI MELALUI ZODIAK (PART 11)

Okeylah, ini merupakan sambungan cara mengorat lelaki melalui zodiak. Perlu dingat bahawa ia bukan untuk dipercaya 100% tetapi ia hanyalah panduan untuk kita memahami karakter mereka & korang pun mesti ingat nama pun manusia, mana ader yang sempurna =)

Lelaki Leo (Lelaki yang seksi..seksi ker?? Hahaha & mempunyai semangat yang tinggi dan boleh diharap…yeker??)

Kelebihan
Kuat dan bersemangat tinggi, lelaki Leo adalah satu-satunya lelaki yang boleh diharapkan. Sangat pemurah, berperasaan tinggi dan juga seksi! Si dia juga tidak akan teragak-agak untuk bekerja lebih semata-mata mahukan kehidupan anda lebih glamour lagi. Si dia sanggup berbelanja besar jika ada satu-satu majlis yang agak high class untuk anda. Si dia sukakan aktiviti yang menyeronokkan dan jangan terkejut, staminanya mengalahkan budak kecil kalau ada apa-apa aktiviti lasak seperti sukan, tarian dan sebagainya.

Kekurangan
Bersikap seperti seorang bos. Mahukan pendapat yang tepat dan relevan, manakala keputusan akhir, semuanya akan ditentukan olehnya sendiri, terutama yang melibatkan isu besar. Si dia mampu menjadi seorang yang berhidung tinggi, degil, terlalu mengongkong dan kadangkala amat menyakitkan hati. Berdiri di belakangnya (sokong apa sahaja pendapatnya) walaupun ia bertentangan dengan prinsip anda dan dia akan hormat apa yang anda buat.

Tips mengorat
Buatkan si dia bangga dengan anda. Pujian dan penghormatan adalah kata kunci bagi lelaki Leo jika anda inginkan perhubungan kekal lama. Melalui kata-kata, cuba hargai segala yang dilakukangnya untuk anda, kerana singa adalah raja rimba! Cubakah bodek si dia sikit dengan menunjukkan yang segala dilakukannya adalah sesuatu yang amat anda hargai. Mesti perasan habis dia tu! Maklumlah singa liar ni kalau kita belai-belai dan usap-usap dia, lama kelamaan akan bertukar menjadi seekor kucing yang manja.

p/s: lelaki Leo dengar khabar suka bersukan ek? Hah, siapa2 yang nak ngorat laki Leo nie aktif2kan diri anda dengan bersukan..Kalau tak minat bersukan pun, ambil tahulah serba sikit tentang sukan seperti mengikuti perkembangan EPL (liga perdana Inggeris). Hah, barulah boleh dijadikan modal untuk ”mengayat” lelaki Leo nie. hihihi=)

Lelaki Virgo (Lelaki yang bijak, teliti, bertanggungjawab & agak mementingkan kesempurnaan)

Kelebihan
Bijak, logik dan juga cukup bertimbangrasa. Si dia juga adalah seorang yang suka bertolak ansur, amat peka dengan pertelingkahan keciL dan pandai menjaga hati org sekeliling. Mereka juga amat peka dengan etika kerja semasa. Bukan itu sahaja, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memberikan apa sahaja kemahuan anda dan membina masa depan dengan anda seawal yang mungkin demi keselesaan dan keselamatan di masa yang akan datang. Si dia punya nilai-nilai kekeluargaan yang amat luhur dan akan melakukan yang terbaik dalam memberikan sepenuh perhatian pada keluarga dan rumahtangga. Seorang yang bertanggungjawab, boleh diharapkan dan seorang yang sangat terhormat, biasanya mereka akan menunjukkan perasaan cintanya pada anda melalui perkara-perkara yang praktikal, tidak hanya sekadar mengucapkan perkataan-perkataan cinta sahaja. Si dia akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati anda.

Kekurangan
Terlalu serius dan selalu sangat merisaukan perkara yang bukan-bukan. Kadangkala anda perlu memainkan peranan untuk kembali menceriakan keadaannya. Mereka akan selalu juga berkeadaan tidak tentu arah dan gementar, jadi keadaan tenang dan selesa di rumah adalah amat diperlukan. Lelaki Virgo suka melakukan sesuatu mengikut tahapnya tersendiri dan amat mementingkan kualiti, jadi jika anda ingin buat sesuatu untuknya, janganlah buat ala kadar saja.

Tips mengorat
Fahami keperluannya yang kadang kala perlukan keadaan yang sunyi dan tenang. Ia akan membantu mereka memfokuskan kembali kepada perkara-perkara yang dilakukan dan sedikit sebanyak akan memberikannya ruang untuk menyusun segala aktivitinya. Berikan satu ruang rumah anda agar dia dapat berfikir melakukan kerjanya dan menenangkan dirinya. Jangan lupa teruslah menyokongnya dan kerana sokongan anda yang selalu ada itulah akan menjadikan cintanya kian mekar dan segar untuk anda.

p/s: Mamat Virgo memang rajin, penyayang, Kemas, & bertanggungjawab tapi kadang2kala dieorang nie suka berleter..hihi. Dengar citer, mamat Virgo nie suka perempuan yang konfiden, kemas & pembersih. Betul ker? =)

Lelaki Libra (Lelaki yang berpenampilan menarik, romantik a.k.a mamat jiwang & pintar berkomunikasi)

Kelebihan
Sofistikated, begitu menarik dan bijak. Jejaka Libra mempunyai gaya pelbagai dan bila berbicara, bicaranya agak menarik hati! Mereka juga sedang tercari-cari pasangan yang secocok untuknya, si dia adalah seorang yang lebih kepada konsep ‘berpasangan’. Punya ramai kenalan dari pelbagai bidang dan kerjaya. Jika anda ada masalah, carilah dia dan dengan mudahnya, mereka akan memperkenalkan anda pada org yang mampu membantu anda. Amat prihatin, baik dan cukup romantik. Selalu mengejutkan anda dengan pendekatan romantiknya.

Kekurangan
Si dia akan tetap meneruskan permainan cintanya sehinggalah mereka menemui pasangan cinta sejati dan istimewa. Jadi cabarannya ialah anda harus tahu samada anda adalah wanita yang dicarinya selama ini atau sebaliknya. Si dia mungkin terlalu banyak melukakan perasaan anda disebabkan sikapnya yang suka enjoy. Si dia pandai mengelakkan kontroversi, jadi pandai-pandailah anda mengawal diri.

Tips mengorat
Si dia sedikit mabuk dengan cinta. Oleh yang demikian, selalulah hangatkan suasana anda dengannya. Jaga diri anda dan cuba tampilkan yang terbaik dari perspektif kecantikan diri kerana jejaka Libra menghargai kecantikan. Jadilah seorang yang pemurah dan hulurkan pujian sebanyak yang boleh, sebab ianya akan menaikan semangatnya. Cuba elak kan pergaduhan yang tak sepatutnya. Cuba usahakan satu bentuk perhubungan yang baik kerana jejaka Libra mencari-cari keharmonian dalam percintaan.

P/s: Dengar citer, laki Libra nie suka perempuan yang cantik2 saja..amboi2, bukan main lagi ya…ader betul ker incik Libra? =)

Lelaki Scorpio (Lelaki yang diselubungi misteri..dug-dag-dug-dag & mempunyai daya magnetik serta pandangan mata yg tajam & menarik)

Kelebihan
Siapa dan apa sahaja yang disukai oleh Scorpio akan disukainya dengan sepenuh hati- tidak ada perkataan separuh hati pada manusia berbintang Scorpio. Mereka tetap setia dengan kekasih tak kira di masa susah mahupun senang. Dari sudut kewangan, Scorpio agak berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. Jadi anda tak perlu risau sangat pasal hal ehwal material, segalanya telah diuruskan olehnya. Si dia juga amat menghargai nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi dan sejahtera.

Kekurangan
Seorang yang agak kompleks dan sukar difahami. Scorpio amat sensitif bila bercerita tentang soal perasaan dan kadangkala agak sukar untuk dimengertikan. Cuba membuatkan si dia meluahkan perasaan pada kamu ataupun cuba membuatkan dia menjelaskan apa-apa perkara berbangkit; lebih payah dari mencabut gigi! telinga anda mendengarnya. Mereka juga mempunyai pendirian yang tegas, tak ada siapa yang boleh melembutkan kepala batunya itu.

Tips mengorat
Bina kepercayaan antara anda dengan si dia. Berlaku jujur, boleh diharap dan konsisten dengan si dia dan lama kelamaan si dia akan mula menanamkan kepercayaan kepada anda. Tegas dengan pendirian anda dan secara diam-diam, si dia akan lebih menghormati anda. =)

p/s: Mamat Scorpio memang membingungkan..hahaha..tapi dieorang nie baek hati & setiakawan walaupun kadang-kala nampak cam “kerek” sikit…hihi. Dengar citer, lelaki Scorpio ini serius dalam bab bercinta nie & dey”all takkan buang masa dengan seseorang yang dey”all tidak cintai walaupun perempuan tu cantik giler. Pastu, dey “all ni suka perempuan yang bijak yg boleh bicarakan apa saja topic & perempuan tu mestilah lain dari yang lain. Barulah mencabar sikit, kata mereka. Ada betul ker, incik Scorpio? =)

Lelaki Sagittarius (Lelaki yang Hepi go lucky..lalalala, easy going, aktif & sporty..pewittt)

Kelebihan
Kelakar dan sukakan kehidupan yang ceria, lelaki ini tetap dengan jatidirinya yang tersendiri. Secara umumnya, mereka adalah seorang berjiwa bebas yang suka dengan cara hidupnya yang tanpa kongkongan. Amat progresif dan suka mencuba sesuatu yang baru. Tidak ada pekara yang berisiko tinggi padanya. Bersemangat positif dan selalu memberikan keyakinan diri pada orang lain ketika saat-saat susah. Seorang yang pengasih dan penyayang.

Kekurangan
Sukakan cabaran yang mendatang, suka mengejar benda-benda yang boleh memberikan cabaran kepadanya. Sentiasa hidupkan keadaan ‘terkejar-kejar’ kerana itu adalah perbendaharaan kata yang penting untuknya. Anda terpaksa berkongsi teman lelaki anda ini dengan kawan-kawannya ataupon dengan aktiviti sukan kegemarannya. Moodnya yang tidak menentu kadangkala membuatkan hubungan anda dengannya juga ada pasang surut. Jangan terlau mengongkong si dia kerana si dia tidak suka dikongkong. Sebaliknya tolak ansur adalah perkara utama dalam hidupnya.

Tips mengorat
“Ketawa adalah ubat paling mujarab” - ingat falsafah ini dan anda akan sentiasa hidup bahagia bersama lelaki Sagittarius.

P/S: Lelaki Sagittaurius suka perempuan yang suka buat kelakar.ceria2 & suka ketawa. So aper lagi jom kita ketawa…. Hahahahahaha…Eh, macam boleh join Club Mak Lampir..jerk….hahahahaha….Dengar citer, laki Sagittaurius ni, pantang nampak perempuan yang cute & cantik2, hah mulalah nak jual ayat2 cinta..haha...ada betul ker incik Sagitaurius??=)




credit to: http://panduancinta.wordpress.com

Saturday, July 4, 2009

JOM BACA CERPEN MENARIK(BERKAITAN MENCARI PETUNJUK JODOH MELALUI SOLAT ISTHIKARAH)

Emm, cerpen ini menurut aku, merupakan satu nukilan cerpen yang bagus & mantap.. Walaupun ditulis di dalam bahasa Indonesia tetapi bahasanya & jalan ceritanya agak mudah untuk difahami. Kepada sesiapa yg ingin mengetahui apa itu solat isthikarah & nak tahu ajaibnya solat isthikarah ini, aku syorkan korang bacalah cerpen ini…=)


TAJUK CERPEN: JODOH ............
(Penulis: Inayati)
Hidup memang penuh kejutan, setidaknya bagiku. Semuanya berawal dari pembicaraanku dengan Mama sebulan yang lalu. Aku dan Mama sedang sarapan saat Mama tiba-tiba membuka pembicaraan
.
“Sampai kapan (bila) Mama harus mengurus kamu, Bram?” Pertanyaan Mama membuatku tertegun.”Maksud Mama?” aku menatap Mama. Mencoba menerka arah pembicaraannya.
”Yah, bukankah sudah saatnya ada perempuan lain yang menemani kamu sarapan?” Mama tersenyum menatapku.
Mungkin memang sudah waktunya aku menikah. Tahun ini usiaku tiga puluh lima tahun. Penghasilanku sebagai manager di salah satu perusahaan asing cukup memadai untuk berumah tangga.
Apalagi yang ditunggu? Pertanyaan ini sudah sangat sering kudengar dari kerabat ataupun keluargaku. Aku tersenyum kecil.”Mama tahu, kamu merasa bertanggungjawab kepada Mama dan adik-adikmu. Tetapi jangan lupakan yang satu itu. Mira sudah berkeluarga, Dewi juga. Sementara Mama sudah lebih dari cukup menerima perhatianmu. Mama sangat bersyukur memiliki anak sepertimu.”Aku terdiam.”Bram, Papa titip (kirim, amanahkan) Mira dan Dewi…juga Mama…”
Papa berbisik perlahan sehari sebelum kematiannya, sepuluh tahun yang lalu. Saat itu, Mira baru saja masuk kuliah dan Dewi masih kelas satu SMU. Sejak itu, hari-hariku kuisi dengan kerja keras untuk mencukupi kebutuhan (keperluan) keluarga.
”Bram…” Mama menunggu jawabanku.
”Iya, iya, Insya Allah. Ma…”
Mama benar. Tidak ada lagi alasan bagiku untuk menunda rencana berkeluarga. Dewi sudah menikah tiga bulan yang lalu. Amanah Papa sudah kutunaikan. Persoalannya adalah, siapa wanita yang akan kunikahi? Aku tidak pernah pacaran. Aku takut terjebak melakukan perbuatan yang tidak baik. Alternatif calon juga tidak ada. Jadi, siapa yang akan kulamar?Sebenarnya, aku bisa minta bantuan kepada orang lain. Mama, kerabat atau keluargaku dengan senang hati pasti akan berusaha membantu. Tetapi, sebelum meminta bantuan orang lain, aku akan sholat istikharah dulu. Aku ingin melangkah dengan tenang.Dan terjadilah keajaiban itu. Setelah dua kali sholat, tiba-tiba Laras muncul dalam mimpiku. Begitu jelas. Laras? Aku tercengang. Laras adalah teman kuliahku di Pasca Sarjana.
Sudah hampir dua semester ini aku kuliah lagi di salah satu PT terkenal di Jakarta. Ia sangat cerdas dan rasional. Ia juga kerap membantaiku dalam diskusi-diskusi di ruang kuliah.
”Menurut saya, teori yang saudara gunakan untuk menganalisa persoalan ini tidak tepat. Terlalu dipaksakan…” Komentar Laras saat membantaiku seminggu sebelumnya terngiang kembali di telingaku. Komentar yang diucapkannya dengan santun itu selalu membuatku gelagapan. Komentarnya selalu logis, ilmiah dan sulit dibantah. Sudah berkali-kali aku dan teman-teman ’dibantainya’.
Ya, mengapa harus Laras? Perempuan yang kepribadiannya begitu kuat dan tenang, sampai tidak ada pria (lelaki) yang berani menjalin hubungan lebih dekat dengannya. Sebenarnya Laras baik, sangat baik. Ia tidak pernah segan membantu orang lain atau berkata kasar. Tetapi aku benar-benar sungkan menghadapinya. Apalagi membayangkan harus melamarnya.Mimpi itu juga menyisakan (meninggalkan) pertanyaan buatku. Benarkah ini isyarat Allah? Atau, aku diam-diam menyukainya sehingga sosok Laras muncul dalam mimpiku. Aku bimbang.
“Bagaimana, Bram?” Mama meminta kejelasan dariku dua minggu kemudian. Aku hanya mampu tersenyum kecut.
“Belum ada calon? Apa perlu Mama bantu?” Mama menatapku.
Aku tergagap. “Tidak perlu, Ma. Saya akan mencoba mencari sendiri saja.” Mama tersenyum. Aku menarik nafas lega.
Untuk sementara aku berhasil menenangkan Mama.Malamnya, aku mencoba menenangkan diri dan mulai sholat istikharah lagi. Kali ini, aku mencoba lebih tenang dan pasrah kepada Allah. Aku mencoba melepaskan segala kebimbangan dan sungguh-sungguh meminta keputusan-Nya.Aku berjalan bersisian dengan Laras. Begitu dekat. Laras tersenyum. Manis dan sangat lembut.
Mimpi itu lagi! Aku terbangun menjelang pukul tiga dinihari. Sebentuk perasaan aneh masih sempat kurasakan saat aku terbangun. Indah!Apakah Laras memang jodohku? Pertanyaan itu kembali bermain dalam benakku. Aku mencoba menelisik kembali kejernihan hatiku. Benarkah aku memang tidak terobsesi kepada Laras? Aku mengurai kembali semua interaksiku dengan Laras. Sejak pertemuan pertama.
”Saya Laras!” Ia memperkenalkan diri dengan lugas, tanpa senyum. Juga tanpa jabat tangan. Aku hanya mengangguk.
”Bram.” Aku menyebutkan namaku. Dingin, tapi cukup sopan. Itu kesan pertamaku. Ia tidak genit atau cerewet seperti satu dua orang perempuan yang pernah kukenal. Seingatku, tidak pernah ada momen istimewa antara aku dengan Laras. Benar-benar hanya hubungan antar teman kuliah. Aku malah lebih akrab dengan Susi, teman kuliahku yang lain. Aku juga tidak pernah merasa ’aneh’ saat berinteraksi atau berpapasan dengannya. Bahkan ketika aku nyaris bertabrakan (berlanggar) dengannya. Semua wajar dan biasa saja.So? Aku masih tetap ragu. Kuputuskan untuk menunggu sampai benar-benar merasa yakin. Dan selama masa menunggu itu, terjadi suatu peristiwa yang semakin membuatku merasa ciut (gugup) menghadapi Laras.
”Maaf…” Laras mengacungkan (mengangkat) tangan. Semua mata tertuju kepadanya. Aku menahan nafas. Apa yang akan dikatakannya kali ini. Aku berdebar-debar menunggu komentarnya atas makalah yang kupresentasikan.
”Menurut saya, makalah ini tidak memenuhi kualifikasi ilmiah.” kata-kata itu diucapkannya dengan nada meminta maaf.
Aku terkejut. Makalah ini memang kusiapkan dengan terburu-buru. Pekerjaanku di kantor (office) sedang bertumpuk (berlambak). Beberapa teman menggumam (terdiam). Dosenku tersenyum kecil. Ia sudah biasa menghadapi Laras.Aku tersinggung dan merasa dipermalukan. Ini adalah komentar paling tajam yang pernah dilontarkan Laras kepadaku. Walaupun kemudian aku bisa menerimanya saat ia dengan argumentatif menjelaskan kelemahan makalahku.Kejadian itu membuatku semakin ragu. Entahlah, barangkali aku merasa tidak siap mempunyai istri yang dapat membantaiku setiap saat. Atau mempertanyakan kebijakanku sebagai suami. Aku memang tidak terbiasa dipertanyakan seperti itu.
Kedudukanku sebagai anak tertua dan tulang punggung keluarga membuat adik-adikku dan Mama memperlakukanku secara istimewa. Apa kata Mas saja, terserah Mas… Selalu itu yang kudengar dari mereka. Kalaupun mereka tidak sependapat denganku, tidak pernah ada yang secara lugas menyatakan ketidaksetujuannya. Begitu juga dengan bawahanku di kantor (office).Aku semakin tidak berani menghadapinya setelah peristiwa itu. Jadi, untuk sementara aku terpaksa menenangkan diri lagi. Tapi desakan dari Mama tiga hari yang lalu membuatku terpaksa bertindak.
”Bram, mungkin sudah waktunya Mama membantu. Sudah sebulan, dan kamu belum juga bertindak apa-apa. Mama sudah semakin tua, Bram. Belakangan ini, Mama semakin sering sakit. Mama tidak ingin terjadi sesuatu pada diri Mama sebelum kamu menikah…” Mama berkata setengah memohon. Aku menunduk.
”Bram…”Aku menatap Mama. Mama menarik nafas panjang. Aku menunggu Mama bicara.”Kalau tiga hari lagi tidak ada keputusan, Mama akan mencari calon untuk kamu.
Kamu kenal Nita? Anak Bu Retno? Nita baik, lho… Dia juga cantik dan terpelajar…” Bla…bla…bla. Hampir lima belas menit Mama bercerita tentang Nita.
Aku kenal Nita. Nita memang baik, tetapi bukan itu persoalannya. Aku ingin menuntaskan (menyelesaikan) masalah Laras dulu.Tidak ada jalan lain. Akhirnya, kumantapkan hatiku untuk bicara dengan Laras. Tapi, bagaimana caranya? Lewat (melalui) telepon? Nomer telepon Laras saja aku tidak punya. Atau, mengajaknya bicara secara langsung? Bagaimana kalau ia menolak dan membantaiku seperti ia membantai makalahku?Akhirnya, kuputuskan untuk meminta nomer telepon Laras dari Susi. Aku berhasil menghindar dari pertanyaan Susi dengan memberinya sebentuk senyuman aneh.
Untungnya, ia tidak bertanya lebih jauh.Malamnya, aku mencoba menelpon Laras. Aku menggenggam Hp-ku dengan perasaan tidak karuan. Dengan tangan gemetar aku menelponnya.
”Halo, Assalamu’alaikum!” Suaranya terdengar tegas. Tiba-tiba aku merasa tidak siap berbicara dengannya.
”Halo! Halo!”Aku mematikan Hp-ku. Looser! Gerutuku dalam hati. Aku benar-benar tidak berdaya.
”Bram, waktunya tinggal hari ini.” Mama menatapku serius saat aku berpamitan tadi pagi.”Ya, Ma.
Aku usahakan.” Aku menjawab ragu.J
adi, hari ini, mau tidak mau aku harus bicara dengan Laras. Aku berangkat ke kampus dengan gugup. Sampai di kampus, aku mencari-cari Laras. Sosoknya tidak kelihatan sampai kuliah dimulai. Lebih kurang lima belas menit setelah kuliah dimulai, Laras muncul. Ia menuju kearahku dan mengambil tempat di sebelahku, satu-satunya tempat kosong yang tersisa siang itu. Laras duduk dengan tenang di sebelahku dan segera mengikuti kuliah. Aku semakin gelisah. Tubuhku mulai berkeringat.Kuliah usai (tamat). Aku menunggu kesempatan untuk bicara dengannya. Aku sengaja memperlambat berkemas sambil menunggunya. Satu persatu teman kuliah meninggalkan ruangan (dewan kuliah). Akhirnya, setelah ruangan cukup sepi, aku memberanikan diri untuk bicara dengannya.
”Laras! Boleh saya bicara?”Laras menghentikan kesibukannya membereskan buku-buku dan beberapa makalah yang berserakan.
“Ya.” Ia melanjutkan kesibukannya tanpa menatapku sama sekali.Tanganku gemetar. Suaraku tersekat di tenggorokan. (kerongkong)
”Ada yang bisa saya bantu?” Laras akhirnya melihat ke arahku. Ia mulai kelihatan tidak sabar dengan sikapku. Ia sudah selesai membereskan buku-bukunya.Aku masih tidak mampu bicara. Keringat dingin semakin membasahi tubuhku. Ya Allah, aku benar-benar grogi.
”Bram!” suara Laras meninggi.
Aku menarik nafas panjang, mencoba menenangkan diri sejenak. Yudi, satu-satunya teman yang masih berada di ruang kuliah menoleh ke arah kami.
“La..ras…” Suaraku tersendat. (tersekat)Laras menatapku bingung.
“Ehm…would you…ehm…marry me?” aku tergagap. Akhirnya, keluar juga perkataan itu dari mulutku.Laras menatapku heran. Ia menunduk, berpikir sejenak. Aku menunggu. Rasanya seperti menunggu sebuah vonis.
”Kupikir, itu bukan ide (idea) yang baik.” Katanya setelah beberapa menit terdiam. ”Aku duluan, Bram. Assalamu’alaikum…
Aku terpana. Aku masih juga terpana saat tiba-tiba Yudi menepuk pundakku.
“Apa tidak ada cara yang lebih romantis, Bung?” Yudi tersenyum.
Aku salah tingkah.Begitulah, proses perjodohanku terpaksa kandas di tengah jalan. Aku tidak patah hati. Tentu saja karena aku memang tidak pernah jatuh cinta pada Laras. Tetapi kuakui, aku cukup terpukul dengan kenyataan ini. Ternyata, aku tidak cukup pandai membaca isyarat Allah. Atau, caraku yang tidak baik? Melamar di ruang kuliah tanpa prolog seperti itu memang naif sekali.
Sore (petang) itu aku pulang dengan lemas. Mama duduk di teras, sedang asyik dengan Koran (suratkhabar) sore dan secangkir teh hangat. Setelah mencium tangan Mama, aku menghempaskan tubuh di kursi.Mungkin Mama bisa menangkap kegetiranku. Mama mengusap rambutku. Aku bersyukur Mama tidak membuka pembicaraan mengenai perjodohanku. Aku tidak siap.Sepanjang sore itu aku mencoba menenangkan diri. Aku mencoba bersikap realistis menghadapi kenyataan ini. Aku percaya, Allah akan memberikan seorang pendamping untukku.Pikiranku masih tidak menentu saat aku bangun tadi pagi. Aku sholat istikharah lagi tadi malam. Tapi kali ini, aku tidak memperoleh isyarat apa-apa. Akhirnya, kuputuskan untuk bicara dengan Mama. Toh, Nita gadis yang baik juga.Aku mendahului bicara sebelum Mama bertanya tentang keputusanku.
”Ma…””Ya? Kenapa, Bram?””Aku…” Aku terdiam sejenak. Aku baru akan melanjutkan ucapanku saat sebuah pesan masuk. Aku meraih HP yang tergeletak (vibrate) di meja dengan enggan. (malas)
Laras???
Apa lagi yang akan dikatakannya sekarang? Berdebar aku membuka pesannya.
Setelah saya pikirkan lagi, ide kamu tidak terlalu buruk. Tawarannya masih berlaku?Aku terpana.
Hidup memang penuh kejutan.
(Pasar Minggu, 16 Januari 2003)
Sumber : Majalah Ummi, No. 10/XIV Februari – Maret (Mac) 2003/1423 H

ANDA, ZODIAK DAN GAYA SELERA.

CAPRICORN

Individu yg berwawasan & kuat berusaha. Makan secara sederhana & pengambilannya mengikut jumlah yg diperlukan oleh badan. Setia pada 1 jenis produk makanan & 1 jenis masakan saja.
p/s: betul2..masa kat universiti, roommate aku boleh dikatakan hari2 order Tomyam, hihi...lagi 1, hampir setiap hari dia mesti order Milo ais…hihi..kak capric pun mesti suka 1 jenis lauk jerk ker?..hihihi

AQUARIUS
Suka berjenaka & tidak hairanlah menjadi kegemaran ramai. Suka mencuba makanan yg pelik2 & tidak pernah dibuat oleh mana2 orang sekalipun!!!
p/s: emm, tak tau pula aku dieorang suka makan pelik2…hihi, tapi no wonderlah coz..aqua kan unik..kan..kan..kan

PISCES
Gemar menu siang yg banyak kandungan air & menu malam pula kerap memilih makanan yg berkuah @ berminyak.

ARIES
Seorang yg sangat sibuk sehingga lupa tentang makan. Anda hanya makan apabila anda benar2 lapar @ perut berbunyi menandakan isyarat yg anda perlu menjamah makanan
p/s: tipu, aku kuat makan aper??? Aku tak pernah lupa soal makan tau..hihi..bagi aku, orang aries nie memang cbuk, n kalo dah fokus akan ssuatu kerja especially keje yg diminati, emm memang dia akan buat & fokus betul2 sampaikan tak sedar tak menjamah apa2 dari pagi sampai malam…
TAURUS
aroma masakan adalah godaan yg paling kuat buat anda. Suka mengambil masa yg lama ketika makan especially masakan yg menjadi feveret anda.
GEMINI
Bijak berkomunikasi & suka bercakap. Walaupun mulut penuh dengan makanan, ia tidak menghalang untuk terus bercakap. Bagi anda makan boleh berhenti but perbualan mesti diteruskan. Hihi=)

CANCER
Sikap individu yg sukar diramal turut membuatkan jadual pemakanan tidak konsisten. Anda suka makan sesuka hati & adakalanya anda hanya makan just 4 twice per day=)
LEO
Suka masakan yg mewah & bercita rasa tinggi. Sukar untuk meneka jadual pemakanan golongan Leo. Sukakan makanan tertentu & tak suka makanan yg tidak termasuk dalam list makanan feveret mereka.


VIRGO
kesempurnaan bentuk badan adalah penting buat anda. Anda kerap memeriksa label nutrient yg terdapat pada bungkusan makanan yg anda pilih. Peminat kepada makanan yg lengkap & semulajadi & tak suka makanan ringan (jajan).
p/s: Ada seorang kawan aku ni, dia berzodiak Virgo & secara kebetulan dia memang suka membaca label makanan. & suka makan makanan yg berkhasiat…hihi..sebab itu badan dia kecil molek & kurus cam “papan”..hihi..habislah, aku kena “pang” dengan dayah nanti..
LIBRA.
Sikap ideal & seimbang anda adakalanya memperlihatkan anda seolah2 kaku. Sukakan hidangan yg cantik, kemas, bersih & sempurna. Sedikit kesilapan maybe akan memberi kesan emosi kepada anda. Suka menikmati makanan dalam tempoh yg lama.
SCORPIO
Misteri & membingungkan, itulah sifat kamu Sukakan masakan berempah. Lazimnya tidak risaukan isu berat badan

SAGITARIUS
Anda sukakan cabaran n begitu juga daripada segi soal pemakanan anda. Pilihan makanan biasanya lain daripada yg lain. Anda juga suka mencuba resipi yg baru coz mahu lari daripada hidangan yg menjadi kebiasaan orang lain.=)
Credit to: (Majalah EH, Oktober 2007, halaman: 246)

Saturday, May 9, 2009

SURAH YASSIN DAN KHASIATNYA=)

Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.

Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap
mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13 - 35- Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 - 23- Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
kejahatan mulut. Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya
kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang
tsbt.

Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t,
Kita umat Muhammad,Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 - 35- Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk
tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian didunia inidijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap
pagi sebelum keluar rumah.


Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati
yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah
s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s . naik kapal Elok dibaca sewaktu
menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk
dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 - 48- Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
- Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
- Tiupan ke-dua - Hancur
Ø-Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan
hadir dipadang Mahsyar.

Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab/kira mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,
baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan.

Ø Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang
dan urut dada, bacalah ayat ini.

Ø Ayat 78 - 79- Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata,
Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal
telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit
tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan pesakit mrk dan Dr Fatimah berikan
ayat ini.

Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
tentang segala makhluk."

Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca
pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)berturut-turut, Baca pada
air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat
.
Wallahualam.

Credit to: FIEZA’S TERRITORY blog

SURAT LAMARAN DARIPADA SEORANG LELAKI BIASA=)

************ ********* *******
Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb
************ ********* *********
Jangan salah sangka pula, hehe, ini bukan surat lamaran untuk aku tetapi orang lain. Aku dapat surat lamaran yg begitu menarik nie daripada Iluvislam.com. Kisah dia bermula macam nie:
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eh..., dia malah ketawa geli hati. "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya.

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan. "Kenapa kamu memilih dia.....?" "Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.." "Maksudnya?" "Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. " Ssttt....."Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing. "Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya. "Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.
P/S: Bagi pendapat aku pula, wah, sungguh bagus ya nukilan surat lamaran ini, Tidak perlu hadiah yg mahal2 untuk membuat sesuatu lamaran, emm, apa yang penting adalah ketulusan hati yang datang daripada hati yg terdalam. =)

Credit to: Iluvislam.com


6 CARA UNIK HILANGKAN STRESS!!!

1-MENJERIT.
Tapi pastikan anda bersendirian & berada di tempat sepatutnya tau kalo nak menjerit. Emm, jangan pulak anda menjerit kat shopping complex ker, kat café ker, di tengah2 orang ramai ker, kan nanti tak pasal2 kena hantar masuk hospital giler..hihihi=)

2-MENYANYI.
Muzik dikatakan dapat meredakan stress. So, apalagi keluarkan bakat anda yg terpendam tuu, dengan menyanyi.

p/s: ehem2 nyanyi, nyanyi jugak but janganlah sampai buat konsert plak kat rumah ker, kat kolej kediaman ker, kan nanti tak pasal2 kena sumpah seranah free ngan jiran2 sekeliling..hihihi=)

3-LAKUKAN SESUATU YG MENYENANGKAN.
Lakukan apa saja yg anda sukai seperti memasak ker, melukis ker, menjahit ker, menonton televisyen ker dan lain2 lagi.

p/s: Ehem, jangan plak mengintai orang plak, hahaha, kan tak pasal2 kena penampar free..hahaha=)

4-CUBA BERKEBUN.
Menanam bunga-bungaan sesungguhnya dapat menyejukkan jiwa anda yg sedang stress=)

5-BERMAIN DENGAN BINATANG PELIHARAAN.
Menurut sebuah kajian yg dilakukan di New York, org yg mempunyai bintang peliharaan biasanya jarang menghadapi stress=)

6-MELIHAT BINTANG YANG BERKERLIPAN DI LANGIT=)
Luasnya angkasa mampu membuatkan anda berasa takjub & melupakan seketika stress yg melanda. Emm, secara tiba2 anda akan berasa lebey bersemangat untuk meneruskan kehidupan mendatang.



(Sumber: Majalah REMAJA 15 November 2004, bil:438)

MENGAPA SUAMI ORANG MENJADI REBUTAN???

1-BIJAK MENGAWAL EMOSI.

Laki yg sudah beristeri: Lelaki yg sudah beristeri biasanya sudah biasa melayan kerenah perempuan. Oleh sebab itu, mereka bijak mengawal emosi & memiliki kemahiran yg luar biasa utk meraih simpati daripada kaum pompuan.
Laki bujang: Kebiasaannya mereka masih terlalu emosional, mempunyai ego yg tinggi & kurang sabar dlm menghadapi kerenah pompuan.

2-MATANG MENYELESAIKAN MASALAH.
Laki yg sudah beristeri: Kaum pompuan biasanya menganggap kaum laki yg sudah beristeri matang di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengalaman mereka di dalam menghadapi pelbagai masalah membuatkan mereka agak matang & bijak di dalam menyelesaikan apa jua masalah yg mendatang. Hal ini membuatkan kaum pompuan begitu tertarik kepada mereka.
Laki bujang: Sudah semestinya ‘kureng’ daripada segi pengalaman berbanding laki yg sudah beristeri & oleh kerana itu kebanyakan daripada mereka kurang memahami masalah yg dihadapi oleh kaum pompuan. Sekiranya ada jalan penyelesaian utk selesaikan masalah pun, ehem, kebanyakannya “kureng” berkesan. Hihihihi=)


3-TIDAK GOPOH.
Laki yg sudah beristeri: Mereka tidak pernah gopoh utk menyentuh @ mengharapkan diri mereka dibelai & dimanja. Mereka faham bahawa kaum pompuan tidak suka dipaksa, didesak, & mudah memandang serong pada kaum laki yg miang. Oleh kerana “kecoolan” mereka ini, membuatkan pompuan lebih cepat terjatuh ke dalam dakapan mereka.
Laki bujang: Kebiasaannya, mereka sukar utk mengawal & menutup keinginan mereka. Dalam proses berkawan saja mereka dah berani pegang2!!! Hal ini membuatkan kaum pompuan menjadi cemas & takut. Malah, kaum pompuan juga merasakan diri mereka hanyalah sebagai objek & hanya utk dipergunakan!!!

4-KEWANGAN YG KUKUH
Laki yg sudah beristeri: Ehem, perkara ini memang tidak dapat disangkal lagi!!! Oleh kerana kestabilan kewangan yg kukuh, so mereka berani bermain dengan “ayat2 cinta” dengan pompuan lain. Kebanyakan mereka tidak pernah mengharapkan kaum pompuan mengeluarkan wang kepada mereka, sebaliknya merekalah yg mengeluarkan wang utk kesenangan kaum pompuan yg mereka minati.
Laki bujang: Kalo blom bekerja, sudah semestinya mereka memperoleh sumber kewangan daripada mak bapak dieorang, Emm. kalo depa memiliki pendapatan sendiri & kukuh pun, kebanyakan daripada mereka tidak sanggup berhabis wang untuk pompuan yg belum sah menjadi isteri mereka. Kebanyakan daripada mereka memperuntukkan wang yg mereka milki untuk penampilan diri & sebagainya,

(Sumber: Majalah REMAJA, 1 Januari 2008, bil: 513)

p/s: Owh, baru aku faham kenapa pompuan mudah jatuh cinta dengan laki orang. Rupa2nya laki orang nie lebey banyak pengalaman & lebey cool berbanding laki bujang. Tapi, kalo aku, owh selisih malaikat 44, aku tak nak terjebak ke kancah tak sihat nie..owh, itu tidak mungkin sama sekali, mintak dijauhkan sama sekali…=)


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and 2009 Bridal Dresses.