Friday, May 1, 2009

MENGAPA ANGKA 10 DIANGGAP BEGITU ISTIMEWA DALAM BOLA SEPAK???





Emm, aku begitu tertarik dengan berita yang disiarkan oleh http://www.axxyc.com, iaitu, mengapa No 10, begitu dianggap istimewa di dalam arena bola sepak. Di arena bola sepak sendiri, kebanyakan pemain2 yang mengenakan jersi No 10, bukan calang2 orangnya. Lihatlah Pele, Diego Maradona (juga salah seorang lagenda bola sepak dunia selain Pele yg juga popular dengan insiden "Tangan Tuhan" ketika bertemu dengan skuad England suatu ketika dahulu), & juga Wayne Rooney ( pemain kebangsaan England yang juga mewakili kelab Manchester United), kesemua mereka mengenakan jersi bernombor 10, (Wayne rooney mengenakan jersi no 10 dalam pasukan Manchester United)??? Adakah ia secara kebetulan atau no 10 itu sendiri mempunyai kuasa mistik atau membawa tuah kepada si pemakai jersi bernombor 10 ini??

Menurut info yg aku dapat di laman web ini, no 10 dianggap sebagai "jantung" atau "nadi" di dalam sesebuah pasukan. Oleh itu, tidak hairanlah apabila pengurus2 bola sepak menjalankan sesi pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pemain yang benar2 berwibawa & berbakat sahaja yang dipilih untuk memakai jersi bernombor 10 ini.

Pele @ nama sebenar beliau Edison Arantes do Nascimento , ie lagenda bola sepak dunia & pernah mewakili skuad kebangsaan Brazil pernah menyatakan bahawa " No 10 itu, melambangkan kesempurnaan. Lihat jari & tangan anda ada berapa kesemuanya?? 10 kan? Dan oleh kerana kesempurnaan itu, maka saya memilih untuk memakai jersi bernombor 10".

Photo credit & info credit to : http://www.axxyc.com

p/s: jadi, apa yg korang rasa??? Adakah ia secara kebetulan @ no 10 itu sendiri mempunyai kuasa mistiknya tersendiri. Menurut pandangan aku, mungkin ia adalah secara kebetulan iaitu lagenda bola sepak dunia iaitu Pele & Maradona memakai jersi bernombor 10 & ini secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada pemain2 muda utk berusaha bersungguh2 utk mengenakan jersi bernombor 10. Ehem, siapa yg taknak memakai jersi yang mempunyai nombor yg sama dengan lagenda bola sepak dunia??? hohoho=)

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and 2009 Bridal Dresses.