Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.
Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap
mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 - 35- Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 - 23- Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
kejahatan mulut. Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya
kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang
tsbt.
Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t,
Kita umat Muhammad,Kita orang Islam dll.
Ø Ayat 33 - 35- Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk
tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian didunia inidijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap
pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati
yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah
s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s . naik kapal Elok dibaca sewaktu
menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk
dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 - 48- Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
- Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
- Tiupan ke-dua - Hancur
Ø-Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan
hadir dipadang Mahsyar.
Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab/kira mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,
baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan.
Ø Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang
dan urut dada, bacalah ayat ini.
Ø Ayat 78 - 79- Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata,
Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal
telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit
tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan pesakit mrk dan Dr Fatimah berikan
ayat ini.
Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
tentang segala makhluk."
Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca
pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)berturut-turut, Baca pada
air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
Credit to: FIEZA’S TERRITORY blog
Saturday, May 9, 2009
SURAH YASSIN DAN KHASIATNYA=)
Labels: agama dan tazkirah
Posted by Aku dan bintang (^^) at Saturday, May 09, 2009 0 comments
SURAT LAMARAN DARIPADA SEORANG LELAKI BIASA=)
************ ********* *********
Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Credit to: Iluvislam.com
Labels: cinta dan psikologi
Posted by Aku dan bintang (^^) at Saturday, May 09, 2009 0 comments
6 CARA UNIK HILANGKAN STRESS!!!
1-MENJERIT.
Tapi pastikan anda bersendirian & berada di tempat sepatutnya tau kalo nak menjerit. Emm, jangan pulak anda menjerit kat shopping complex ker, kat café ker, di tengah2 orang ramai ker, kan nanti tak pasal2 kena hantar masuk hospital giler..hihihi=)
2-MENYANYI.
Muzik dikatakan dapat meredakan stress. So, apalagi keluarkan bakat anda yg terpendam tuu, dengan menyanyi.
p/s: ehem2 nyanyi, nyanyi jugak but janganlah sampai buat konsert plak kat rumah ker, kat kolej kediaman ker, kan nanti tak pasal2 kena sumpah seranah free ngan jiran2 sekeliling..hihihi=)
3-LAKUKAN SESUATU YG MENYENANGKAN.
Lakukan apa saja yg anda sukai seperti memasak ker, melukis ker, menjahit ker, menonton televisyen ker dan lain2 lagi.
p/s: Ehem, jangan plak mengintai orang plak, hahaha, kan tak pasal2 kena penampar free..hahaha=)
4-CUBA BERKEBUN.
Menanam bunga-bungaan sesungguhnya dapat menyejukkan jiwa anda yg sedang stress=)
5-BERMAIN DENGAN BINATANG PELIHARAAN.
Menurut sebuah kajian yg dilakukan di New York, org yg mempunyai bintang peliharaan biasanya jarang menghadapi stress=)
6-MELIHAT BINTANG YANG BERKERLIPAN DI LANGIT=)
Luasnya angkasa mampu membuatkan anda berasa takjub & melupakan seketika stress yg melanda. Emm, secara tiba2 anda akan berasa lebey bersemangat untuk meneruskan kehidupan mendatang.
(Sumber: Majalah REMAJA 15 November 2004, bil:438)
Labels: cinta dan psikologi
Posted by Aku dan bintang (^^) at Saturday, May 09, 2009 0 comments
MENGAPA SUAMI ORANG MENJADI REBUTAN???
1-BIJAK MENGAWAL EMOSI.
Laki yg sudah beristeri: Lelaki yg sudah beristeri biasanya sudah biasa melayan kerenah perempuan. Oleh sebab itu, mereka bijak mengawal emosi & memiliki kemahiran yg luar biasa utk meraih simpati daripada kaum pompuan.
Laki bujang: Kebiasaannya mereka masih terlalu emosional, mempunyai ego yg tinggi & kurang sabar dlm menghadapi kerenah pompuan.
2-MATANG MENYELESAIKAN MASALAH.
Laki yg sudah beristeri: Kaum pompuan biasanya menganggap kaum laki yg sudah beristeri matang di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengalaman mereka di dalam menghadapi pelbagai masalah membuatkan mereka agak matang & bijak di dalam menyelesaikan apa jua masalah yg mendatang. Hal ini membuatkan kaum pompuan begitu tertarik kepada mereka.
Laki bujang: Sudah semestinya ‘kureng’ daripada segi pengalaman berbanding laki yg sudah beristeri & oleh kerana itu kebanyakan daripada mereka kurang memahami masalah yg dihadapi oleh kaum pompuan. Sekiranya ada jalan penyelesaian utk selesaikan masalah pun, ehem, kebanyakannya “kureng” berkesan. Hihihihi=)
3-TIDAK GOPOH.
Laki yg sudah beristeri: Mereka tidak pernah gopoh utk menyentuh @ mengharapkan diri mereka dibelai & dimanja. Mereka faham bahawa kaum pompuan tidak suka dipaksa, didesak, & mudah memandang serong pada kaum laki yg miang. Oleh kerana “kecoolan” mereka ini, membuatkan pompuan lebih cepat terjatuh ke dalam dakapan mereka.
Laki bujang: Kebiasaannya, mereka sukar utk mengawal & menutup keinginan mereka. Dalam proses berkawan saja mereka dah berani pegang2!!! Hal ini membuatkan kaum pompuan menjadi cemas & takut. Malah, kaum pompuan juga merasakan diri mereka hanyalah sebagai objek & hanya utk dipergunakan!!!
4-KEWANGAN YG KUKUH
Laki yg sudah beristeri: Ehem, perkara ini memang tidak dapat disangkal lagi!!! Oleh kerana kestabilan kewangan yg kukuh, so mereka berani bermain dengan “ayat2 cinta” dengan pompuan lain. Kebanyakan mereka tidak pernah mengharapkan kaum pompuan mengeluarkan wang kepada mereka, sebaliknya merekalah yg mengeluarkan wang utk kesenangan kaum pompuan yg mereka minati.
Laki bujang: Kalo blom bekerja, sudah semestinya mereka memperoleh sumber kewangan daripada mak bapak dieorang, Emm. kalo depa memiliki pendapatan sendiri & kukuh pun, kebanyakan daripada mereka tidak sanggup berhabis wang untuk pompuan yg belum sah menjadi isteri mereka. Kebanyakan daripada mereka memperuntukkan wang yg mereka milki untuk penampilan diri & sebagainya,
(Sumber: Majalah REMAJA, 1 Januari 2008, bil: 513)
p/s: Owh, baru aku faham kenapa pompuan mudah jatuh cinta dengan laki orang. Rupa2nya laki orang nie lebey banyak pengalaman & lebey cool berbanding laki bujang. Tapi, kalo aku, owh selisih malaikat 44, aku tak nak terjebak ke kancah tak sihat nie..owh, itu tidak mungkin sama sekali, mintak dijauhkan sama sekali…=)
Labels: cinta dan psikologi
Posted by Aku dan bintang (^^) at Saturday, May 09, 2009 0 comments
Sunday, May 3, 2009
GAME MELAWAN VIRUS SELSEMA BABI
P/S: Dalam keadaan dunia yg sekarang tengah kalut dengan ancaman virus selsema babi, muncul pula 1 game yg dinamakan "Swinefighter" iaitu 1 game yg dicipta konon2nya untuk melawan wabak selsema babi di http://www.swinefighter.com. Hohoho, macam2 hal..hihi=)
Labels: general
Posted by Aku dan bintang (^^) at Sunday, May 03, 2009 0 comments
Saturday, May 2, 2009
EHEM..SIAPA YANG NAK MAKAN "NASI SETAN", SILA ANGKAT TANGAN....HOHOHO=)
Emm, ini rupanyer "Nasi Setan"...Emm, nampak cam sedap jerk..hohoho=)
Hohoho, sungguh pelik & aneh betul nama "Nasi Setan" nie. Menu "Nasi Setan" nie hanya dapat diperoleh di kawasan Taman Sari, Bandung, Indonesia sahaja. Emm, "Nasi Setan" nie merupakan nasi putih yg digaul dengan sambal. Sambalnya pula diperbuat daripada campuran adunan cili api, cili merah, tomato yg telah dilenyek, sedikit gula merah & garam secukup rasa. "Nasi Setan" ini mempunyai tahap kepedasannya iaitu "Nasi Setan" bintang 1 hinggalah "Nasi Setan" bintang 5. Rasa "Nasi Setan" nie sangat pedas. Emm, cuba korang bayangkan tahap kepedasan "Nasi Setan" nie ditahap bintang 5, iaitu tahap yg giler babas punyer pedas. hihihi=D. Emm, setelah siap"Nasi Setan" ini boleh dimakan dengan hidangan lauk pauk yg lain.=)
p/s: Emm, tak faham betul aku kenapa menu nie dinamakan "Nasi Setan"???....Aku rasa mungkin disebabkan kepedasan nasi nie yg melampau yg menyebabkan nasi nie dipanggil "Nasi Setan" di kalangan customer mereka...hahaha, adoyai, macam2 hal yang berlaku di dunia ini yang kadang kala tak tercapai dek akalku....=)
credit to: http://www.indosiar.com
Labels: cerita pelik dan lucu
Posted by Aku dan bintang (^^) at Saturday, May 02, 2009 0 comments
HAHAHA... BIAR BETUL, RINGTONE PUN BOLEH BESARKAN PAYUDARA???=)
Bunyinya kedengaran pelik tetapi inilah kenyataannya. Aku mendapat info nie di website http://www.coretan-adie.co.cc. Ehem , dengan kemajuan teknologi yg serba canggih sekarang, macam2 yang boleh diciptakan yg kadang2 tidak pernah terlintas sama sekali di fikiran kita. Contohnya, penciptaan ringtone yg boleh membesarkan payudara. Dengan kecanggihan yg ada, "sesiapa yg berhajat tuu" tidak payah lagi menjalani pembedahan yg menyakitkan @ menyuntik silikon. Hal ini kerana ringtone yg bernama "Rockmelon" ini dapat membesarkan payudara dengan berfungsi sebagai menggerakkan otot-otot di sekitar payudara secara lembut & gerakan ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Ringtone "Rockmelon" ini mendapat sambutan yg begitu hangat di Jepun, di mana sebanyak 10,000 kali ringtone ini didownload setelah 1 minggu ringtone ini telah dilancarkan di internet. Korang nak tau siapa mamat yg bertanggungjawab di atas penciptaan ringtone "Rockmelon" ini..Ehem, mamat tersebut adalah Hideto Tomabechi, ie seorang guru spiritual yg berasal dari Negara Matahari Terbit iaitu negara Jepun. =)
Credit to: http://www.coretan-adie.co.cc
sesiapa yg ingin mendengar ringtone "Rockmelon" ini, sila pergi ke link: http://www.ziddu.com/download/4320197/rockmelon.mp3.html
p/s: Menurut pendapat aku, setiap benda yg diciptakan oleh manusia mesti ada kelemahannya dan tidak dapat menandingi ciptaan Yang Maha Esa.
Kita tidak tahu efek ringtone ini terhadap kesihatan manusia. Bagi aku, kita tidak payahlah terlalu obses dengan kecantikan, kerana jika terlalu obses, hati tidak akan tenang & akhirnya jiwa merana dan boleh jadi gila. Post kali ini aku just sekadar nak share2 info yg pernah aku baca sahaja, tidak lebih daripada itu=)
Ehem, aku tertanya2 bagaimana kalo lelaki yg mendengar ringtone ini?? Adakah mereka punya t"t"k pon akan membesar juga?? hihihi, seram mak....=)
Labels: cerita pelik dan lucu
Posted by Aku dan bintang (^^) at Saturday, May 02, 2009 0 comments
Friday, May 1, 2009
MENGAPA ANGKA 10 DIANGGAP BEGITU ISTIMEWA DALAM BOLA SEPAK???
Emm, aku begitu tertarik dengan berita yang disiarkan oleh http://www.axxyc.com, iaitu, mengapa No 10, begitu dianggap istimewa di dalam arena bola sepak. Di arena bola sepak sendiri, kebanyakan pemain2 yang mengenakan jersi No 10, bukan calang2 orangnya. Lihatlah Pele, Diego Maradona (juga salah seorang lagenda bola sepak dunia selain Pele yg juga popular dengan insiden "Tangan Tuhan" ketika bertemu dengan skuad England suatu ketika dahulu), & juga Wayne Rooney ( pemain kebangsaan England yang juga mewakili kelab Manchester United), kesemua mereka mengenakan jersi bernombor 10, (Wayne rooney mengenakan jersi no 10 dalam pasukan Manchester United)??? Adakah ia secara kebetulan atau no 10 itu sendiri mempunyai kuasa mistik atau membawa tuah kepada si pemakai jersi bernombor 10 ini??
Menurut info yg aku dapat di laman web ini, no 10 dianggap sebagai "jantung" atau "nadi" di dalam sesebuah pasukan. Oleh itu, tidak hairanlah apabila pengurus2 bola sepak menjalankan sesi pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pemain yang benar2 berwibawa & berbakat sahaja yang dipilih untuk memakai jersi bernombor 10 ini.
Pele @ nama sebenar beliau Edison Arantes do Nascimento , ie lagenda bola sepak dunia & pernah mewakili skuad kebangsaan Brazil pernah menyatakan bahawa " No 10 itu, melambangkan kesempurnaan. Lihat jari & tangan anda ada berapa kesemuanya?? 10 kan? Dan oleh kerana kesempurnaan itu, maka saya memilih untuk memakai jersi bernombor 10".
Photo credit & info credit to : http://www.axxyc.com
p/s: jadi, apa yg korang rasa??? Adakah ia secara kebetulan @ no 10 itu sendiri mempunyai kuasa mistiknya tersendiri. Menurut pandangan aku, mungkin ia adalah secara kebetulan iaitu lagenda bola sepak dunia iaitu Pele & Maradona memakai jersi bernombor 10 & ini secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada pemain2 muda utk berusaha bersungguh2 utk mengenakan jersi bernombor 10. Ehem, siapa yg taknak memakai jersi yang mempunyai nombor yg sama dengan lagenda bola sepak dunia??? hohoho=)
Labels: berita sukan
Posted by Aku dan bintang (^^) at Friday, May 01, 2009 0 comments
GEMPAR: VIDEO KLIP PEMBANTU RUMAH MENYEKSA KANAK-KANAK
P/s: Apa yg korang rasa apabila melihat video klip nie. Bagi aku, pembantu rumah tersebut sangat kurang ajar & tidak berperikemanusiaan langsung!!! Apalah dosa budak kecil terbabit, dier cuma menangis, kenapa perlu disepak & diterajang di kepala, & dipijak2 badan budak kecil terbabit sebegitu rupa!!! Masyaallah...keji betul perbuatan pembantu rumah terbabit dan bagi aku tidak selayaknya dia digelar sebagai seorang manusia!!!!
Credit info to: http://yepiye.wordpress.com
Labels: general
Posted by Aku dan bintang (^^) at Friday, May 01, 2009 0 comments