Wednesday, April 29, 2009

RANKING ZODIAK (PEREMPUAN) YG PALING DIMINATI & DISUKAI RAMAI

Hehe..mari kita lihat zodiak mana yg paling diminati ramai…aku dapat info nie dr blog zodiak (Bintang-aurora.blogspot.com)… emm,mari kita lihat zodiak mana yang disukai ramai…jeng2…

RANKING 1: AQUARIUS

Berdikari, bertimbang rasa, mempunyai pendirian diri dan mempunyai perasaan ingin tahu yang amat kuat. Inilah ciri2 yang ada pada Aquarius. Anda boleh berjenaka dengan org lain terutamanya kaum lelaki. Anda merupakan kawan baik kepada kaum lelaki. Tambahan pula anda seorang yang memahami orang lain, membuat ramai orang yang berminat pada anda.

p/s: Aquarius yg baik ati, gila2, unik even kadang2 sukar difahami=)

RANKING2: GEMINI

Gemini merupakan golongan yg suka bermanja2. Mereka sangat popular di kalangan lelaki, namun kaum perempuan zodiak yg lain pula tidak benci ataupun cemburu dengan mereka. Warga Gemini mempunyai cara yang tersendiri untuk bersosial dengan kawan lelaki dan kawan perempuan. Semua orang sayang dengan warga Gemini.=)

p/s: Gemini yg bijak & pandai menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan=)

RANKING KE 3: ARIES (ehem2..hahaha)

Daya tarikan yang paling mengancam bagi warga Aries adalah naif. Aries tidak pedulikan pandangan orang lain padanya. Apabila sedih, mereka akan menangis kuat2& time mereka gembira, mereka akan ketawa kuat2! Mulut mereka sangat manis dan sangat peramah dan suka menolong orang lain. Kaum lelaki akan terpukau apabila bersama2 dengan pompuan Aries..hohoho

P/s: Hohoho "kaum lelaki bukan terpukau ngan pompuan Aries but takut..hohoho...pompuan Aries ramai yg brutal2..hohoho..Aries yg ceria n tidak mudah patah semangat=)

RANKING KE-4: PISCES

WargaPisces sangat romantik & suka berkhayal. Apabila mereka berada dlm keadaan berkhayal, rupa mereka sangat ayu & ramai lelaki yg tergoda dgn lirikan mata mereka. Pisces sgt lemah lembut & mudah mengalirkan air mata. Ehem...Lelaki manakah yg tidak ingin melindungi wanita ini?..hohohoho=)

p/s: Owh, Pisces yg ayu & berjiwa lembut=)

RANKING KE-5: CAPRICORN

Orang yang setia dan tabah. Mereka merupakan kekasih yang boleh diharap. Semakin meningkat umur Capricon semakin ramai orang yang berminat pada mereka. Faktor yang membuatkan mereka diminati ialah dapat membuat keputusan yang baik dalam keadaan yang paling huru-hara...hohoho=)

p/s: Capricorn yg amat penyabar & fokus/teliti kepada kerja yg dilakukan=)

RANKING KE-6: CANCER

Cancer seorang yg bersopan santun, mempunyai senyuman yang manis serta lemah lembut & ini merupakan ciri2 yg dapat mbuat ramai orang tertarik dengannya. Namun, personaliti Cancer yg pendiam dan tidak suka bergaul dgn org yg tidak dikenali telah menambahkan daya tarikan misterinya.

p/s: cancer yg caring n penyayang=)

RANKING KE-7: LIBRA

“Menggunakan kecantikan yang ada utk menggoda orang lain” Inilah pandangan serong pada Libra. Sebenarnya Libra yg suka berhias dan mementingkan penampilan berbuat demikian semata2 utk dirinya. Peminat2 Libra biasanya dr golongan berani dan kasar.hohoho=)

P/s: Libra yg pandai berkomunikasi dengan org ramai=)

RANKING KE-8: LEO

Semua orang tahu Leo ialah seorang yang sukar utk didampingi. Leo mpunyai permintaan yg tinggi & mengejar kesempurnaan dalam semua perkara yg dilakukan. Tapi, apabila Leo telah jatuh cinta kepada seseorang, mereka sanggup melakukan apa sahaja utk si dia yg tersayang.=)

p/s: warga Leo memang nampak cam garang tapi mereka sebenarnya baik ati=)

RANKING KE-9: TAURUS

Seorang yg jujur, penyayang, ikhlas melayan semua org. Walaupun si dia mengamuk, Taurus masih lagi bersabar dgn karenahnya. Sikapnya yg penyabar telah mbuat si dia berasa bersalah. Mgkn ini adalah taktik Taurus. Peminat2 Taurus biasanya kawan yg telah dikenali ataupun rakan sekerja.

p/s: si Taurus yg penyabar& setia orgnyer but keras kepala..hohoho=)

RANKING KE-10: SAGITAURiUS

Sikap yg tidak mudah mengalah walaupun berkali2 mengalami kekalahan. Inilah sikap yg mbuatkan org lain tertarik dgn warga Sagitaurus. Cinta pandang pertama selalu berlaku ke atas Sagittarius. Tapi anda tidak pandai menguruskan percintaan, menyebabkan setiap kali pun tamat dgn perpisahan.

p/s: si Sagitaurius yg giler2 & menyeronokkan ..hohoho=)

RANKING KE-11: VIRGO

Sebenarnya anda mharapkan ramai org yg menyayangi anda. Anda berharap dibelai oleh semua org. Tetapi anda memakai topeng yg tabah utk melindungi hati anda yg sepi. Tambahan anda pula seorang yg kuat mbebel terhadap kenalan yg rapat. Ini menyebabkan orang takut mdekati anda.

p/s: si Virgo memang kuat membebel..hohoho..tapi mereka baik ati n merupakan golongan yg boleh diharap=)

RANKING KE-12: SCORPIO

Anda sering tidak bercakap. Tapi apabila anda bercakap pasti 100% menyinggung hati org lain. Kadang2 anda suka menyindir org lain. Anda dinasihatkan utk mengubah sikap anda itu agar peminat anda tidak cabut.

p/s: Scorpio mrupakan seorang kawan yg baik & setia tapi awas jangan sesekali menjadi musuh mereka =)


P/S: Adakah info di atas bertepatan dengan apa yang anda alami dlm kehidupan seharian anda…=)

Kalo bagi zodiak aku, Aries, pompuan Aries nie nampak cam brutal (espcially kat laki2), tertutup dengan org tak dikenali (pemalu), ..hahahaha……tapi bila dah kenal..hahahaha..perangai cam…. hohoho=)

Sumber/info diperoleh dari: credit to Bintang-aurora.blogspot.com=)

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and 2009 Bridal Dresses.