Monday, April 27, 2009

CARA MENGORAT LELAKI MENGIKUT ZODIAK..HUHUHU (^^)

Emm, info nie aku dapat melalui web :http://panduancinta.wordpress.com. 1 blog yg aku rasa menarik..hohoho. Aku pown nak sharelah info nie dengan korang2 smua..hohoho.=). Yelah, slalunya laki yg ngorat pompuan kan?? Emm, now aper kata dengan sedikit info nie, kita bleh memahami sedikit karakter laki2 yg kita admire ker, BF kita ker, husband kita ker..ekekeke.=)


Lelaki CapricornFree Smiley Courtesy of www.millan.net

Kebaikan
Apabila seorang lelaki Capricorn jatuh cinta, mereka serius & memberikan komitmen sepenuh jiwa raganya. Seorang yang tahan dengan apa juga cabaran, si dia akan sentiasa cool dan merendah diri serta tau langit tidak selalunya cerah, jadi sediakanlah payung sebelum hujan. Mereka akan memberikan sepenuh daya tenaga untuk menceriakan hubungan cinta, bertanggungjawap dan menghormati anda dan tanggungjawap besar kepada keluarga.

Keburukan
Mungkin mereka akan menjadi sedikit anti sosial, susah nak bercampur dengan orang. Selalu sangat bercakap tentang kerjaya ataupun soal kewangan. Selalu memendam perasaan dan kadangkala selalu sangat hendakkan lain dari orang lain. Kadangkala si dia ini sinikal dan kadangkala agak kritikal juga. Susah nak faham, mamat sorang ni.

p/s: mamat yg rajin bekerja nie..ekekeke..cerah masa depan.

Tips
Seorang yang agak realistik. Kena banyak buat kajian tentang si dia dan bertegaslah dengan pendapat anda ketika berbincang ataupun bergaduh mengenai sesuatu perkara kerana si dia akan tetap menghormati pendirian anda even bertentangan dengan pendiriannya.

Lelaki AquariusFree Smiley Courtesy of www.millan.net

Kebaikan

Pencantuman minda yang menarik akan berlaku dengan jejaka Aquarius. Semangatnya begitu kuat dan bebas, mempunyai hati yang agak budiman, semangat positif dalam hidup. Sifat kelakar yang memang tak dapat diduga dan perwatakan individu yang agak terpuji. Kehidupan bersama lelaki Aquarius tidak pernah menjadi bosan atau statik. Bersama si dia, anda akan terus maju degan impian dan harapan anda berdua ke fasa seterusnya dalam hidup tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.

p/s: Laki2 Aqua memang unik, giler2 n best..hohoho. Huaaaaaa, Kau datang & pergi owh begitu sajaaaaaa semuaku terimaaaa apa adanyaaaaa...=)

Keburukan
Anda akan jarang berjumpa dengannya, mereka perlukan ruang dan kebebasan seperti seorang manusia perlukan udarauntuk bernafas. Orang sebegini kadangkala sikapnya macam tunggul kayu membuatkan anda pening. Komennya yg straigth foward kadangkala amat menyakitkan hati bila didengari.

Tips
Jadilah seorang rakan karib dan seorang yang boleh dipercayai olehnya. Namun demikian, berikan ruang padanya untuk melakukan perkara yang ingin dilakukannya sendiri. Kongsilah impiannya di samping kekalkan ketegasan anda dalam menegakkan prinsip anda. Si dia akan menghormati anda kerananya. Terimalah rakan-rakannya kerana si dia menghargai persahabatan, selain dari itu, mereka juga berbangga menjadi seorang rakan yang baik.

Lelaki Pisces. Free Smiley Courtesy of www.millan.net
Kebaikan
Seorang yang idealis, percaya kepada kekuatan cinta dan percaya cinta menakluki segalanya. Seorang yang baik, suka mengambil berat, lembut dan agak sensitif dengan masalah orang lain. Seorang yang agak genuis dan juga kekasih yang agak romantik. Seorang "familyman" yang berdedikasi & akan terus menyayangi anak-anaknya sehingga ke akhir hayat.

p/s: emm, penyayangnya laki2 Pisces nie...=)

Keburukan
Seorang yang suka berkhayal, anda perlu menukarkan mimpinya menjadi kenyataan dengan memberikan sokongan moral dan semangat. Sangat sensitif dan mudah tersinggung, memilih untuk lari sahaja dari masalah dan tidak suka terlibat dalam kontroversi .Berikan sokongan padu kepadanya setiapkali si dia ingin menyuarakan pendapatnya.

Tips
Bantulah si dia percaya kepada dirinya sendiri. Jika si dia dalam keadaan bermasalah, cuba dengar masalahnya dan bersimpati dengan apa yang dihadapi. Perlu menjadi sedikit romantik dalam perhubungan kerana itu sahaja perkara yang akan membangkitkan semangat jejaka Pisces.

p/s: Ahh, sapa2 yg nakkan laki2 pisces kena romantik Okey..ekekeke=)

Lelaki Aries.Free Smiley Courtesy of www.millan.net.

Kebaikan
Jika berkawan dengan lelaki Aries yang terkenal dengan sikap ingin maju, bercita-cita tinggi dan boleh dikategorikan sebagai lelaki macho, kehidupan anda akan menjadi sedikit sibuk dan penuh dengan pengalaman menarik dan menyeronokkan. Selalu sangat ada projek-projek baru yang mencabar untuk mereka. Anda akan sentiasa kagum dengan keinginan dan daya serta tenaga lelakinya yang selalu ingin mencuba perkara2 baru. Kejayaan memang selalu diidamkannya. Emm, kalo bleh, kehidupannya harus dimanfaatkan semaksima mungkin. Mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna buat anda. Mereka selalu menggalakkan anda cuba mencapai matlamat anda walaupun secara batinnya, si dia masih mahu mendahului anda dalam apa jua perkara.

p/s: mamat yg berjiwa adventure nie..sure confirm tak bosan idup ngan mamat Aries nie..ekekeke=)

Keburukan
Si dia biasanya terlalu banyak bercakap, tak sabar dan kuat cemburu. Si dia juga suka membebel dan mengungkit perkara lepas dan suka membuat perkara tak tentu arah. Keinginan dan hajatnya selalu sangat menjadi topik utama dalam hidup. Perangai mereka yg macam budak-budak & kadangkala pendapa mereka yang overconfident menyebabkan anda akan me rasa seperti diperkotak-katikkan.

Tips
Sentiasa panaskan hubungan cinta anda dan sokonglah segala hajat dan impian mereka & sure confirm mereka akan menghormati dan mempercayai sikap tegas anda. Sentiasa berfikiran muda kerana itulah ciri-ciri lelaki Aries. Lakukan perkara yang menyeronokkan dan selalu lakukan aktiviti berdua di mana ia akan mengeratkan lagi ikatan anda berdua.

Lelaki Taurus.Free Smiley Courtesy of www.millan.net.

Kebaikan
Setia & caring. Bercinta dengan lelaki Taurus samalah seperti berada dalam situasi yang selesa dan selamat. Tak ada perubahan ‘cuaca’ yang mendadak pada moodnya - dari sudut emosi, mereka agak konsisten dan setiapkali melafazkan kata cinta kepada anda, si dia akan benar-benar setia dengan kata-katanya itu. Kalau boleh dia mahu perhubungan yang kekal abadi. Mereka begitu inginkan kestabilan dan keselamatan dalam hubungan cinta, kewangan dan kesejahteraan rumahtangga. Seorang tukang rujuk yg baik jika anda mempunyai masalah & berhadapan keputusan yg sukar time membuat ssuatu kputusan.

p/s: Emm, bestnyer laki2 Taurus nie...dahlah setia, bleh diharap plak tuu. Sapa2 laki2 Taurus blehlah antar borang pemohonan..ekekeke=)

Keburukan
Sangat degil, bila ada mula mengeluarkan pendapatnya yang amat berbeza, jangan haraplah kamu -dapat mengubah pendapatnya. Suka berlengah-lengah dan sekiranya kamu memintanya melakukan sesuatu perkara dengan cepat, dia selalu meminta kamu bertenang dulu. Apa2 saja yg hendak dilakukan, sudah mmpunyai perancangan yg rapi. Lagi satu, perangai buruk mereka, ie jangan sesekali melukakan hati @ mengecewakan mereka coz lelaki Taurus susah nak memaafkan seseorang yang pernah melakukan kesalahan dengannya. Jika anda mengecewakannya, si dia akan sedih dan kesannya akan mengambil masa yang lama untuk menghilangkan rasa tersebut.

Tips
Kepercayaan adalah sesuatu yang penting. Bila berkata-kata atau melakukan sesuatu buat dengan jujur dan bersungguh-sungguh dan yang penting, jangan katakan sesuatu yang anda tidak maksudkan. Lelaki Taurus sukakan apa yang selesa buat dirinya, jadi berikan sahaja apa yang dimahukannya. Hargai apa sahaja apa yang dilakukan untuk anda dan cuba jangan terlalu boros dalam perkara yang anda ingini, jimatkan sikit duitnya! Dia akan menghargai sikap bertolak ansur anda itu.

p/s: alah, aku pemboros, camne nie..sob2..huaaaaaaaa

Lelaki Gemini.Free Smiley Courtesy of www.millan.net.

Kebaikan
Seorang yg periang, peramah, sedikit kelakar & aktif, membuatkan anda akan berasa seronok menghabiskan bersama mereka. Mereka mempunyai semangat tidak pernah mengaku kalah& akan sentiasa memberikan galakan dan dorongan kpd anda agar terus tabah dan sabar dlm menghadapi hidup yang penuh cabaran. Mereka juga suka mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Oleh itu, tidak hairanlah if kerja mereka sering bertukar2.Mereka juga mempunyai pemikiran yang bijak dan pantas dalam membuat sesuatu keputusan serta berfikiran terbuka.

Keburukan
Si dia suka enjoy dengan perempuan lain menyebab kan anda selalu makan hati. Pemikirannya selalu bertukar-tukar sehingga menyebabkan anda terpaksa mengingatkannya “Jangan setakat cakap saja besar, pratikkan!” Kebosanan akan menyebabkan mereka menjadi semakin tertekan dan tak boleh nak duduk diam. Dengan aktiviti yang banyak termasuk aktiviti kerja dan kawan-kawan keliling pinggang, mungkin si dia susah sikit nak duduk diam dalam rumah.

p/s: err, tul ker laki2 gemini suka enjoy ngan pompuan lain?? ekekeke=)

Tips
Aktiviti sosial yang spontan dan romantik serta meriangkan jiwa akan membuatkan perhubungan anda akan sentiasa ceria. Buat satu kejutan untuk si dia - ia sedikit sebanyak membantu menyemarakkan perasaan cinta anda berdua dan apa yang penting tidak membuatkan si dia berasa jemu dengan anda. Jadilah seorang yang optimistik coz lelaki Gemini sukakan wanita optimistik, tak nampak bosan sangat pada sikapnya yang agak mencabar! Lagipun lelaki Gemini sukakan wanita yang berkeyakinan tinggi.

p/s: emm, kalo nak tackle mamat Gemini kena optimistik, okey....=)

Lelaki CancerFree Smiley Courtesy of www.millan.net.

Kebaikan
Seorang yang lembut, romantik & agak sentimental. Mampu memberikan sesuatu yg istimewa dlm perhubungan. Si dia juga adalah seorang yang bertimbang rasa, penyayang & sangat caring. Dari sudut emosional, mereka adalah seorang yang paling kuat memberikan dorongan dan galakan kepada anda. Selain itu, mereka begitu sayangkan family mereka.

p/s: bestnyer, laki2 cancer nie..romantik tuu..ekekeke=)

Keburukan
Mereka seorang yang agak moody. Bila mereka menghadapi masalah sering sahaja mendiamkan diri dan tidak mahu berkongsi masalah bersama dan kadangkala 'datang bulan: tak tentu pasal . Mereka boleh menjadi seorang yang kadangkala hidup dalam dunia sendiri dan hanya mahu memikirkan masalah mereka saja.

Tips
Jadilah seorang yang penyayang dan mengambil berat. Si dia sukakan sikap prihatin yg ditunjukkan oleh anda. Si dia mahukan seorang yang memahami, yakin dengan diri mereka & sentiasa berada di sisinya dalam apa jua keadaan. Rancangkan satu perjumpaan yang romantik seperti makan malam di bawah sinar lilin dengan iringan muzik romantik untuk menghangatkan lagi suasana. Jadikan rumahnya bagaikan sebuah istana dan si dia akan merasa cukup bangga.

p/s: Nak ngorat laki2 Cancer kena caring n penyayang, okey..hohoho=)


p/s: 6 zodiak yg lain akan diupdate, tunguuuuuu...ekekeke...=)

credit to: http://panduancinta.wordpress.com






0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and 2009 Bridal Dresses.